Wednesday, July 13, 2011

From the street of Beijing 7

Assalamualaikum

Sekian lama menghilang kini aku kembali, untuk teruskan penjelajahan di beijing. Harap maaf sebab terlalu sibuk buat persediaan interview dan......mengutip durian hari2.hehehe.. Almaklumlah, musim durian runtuh... Okay, sekarang masa untuk penjelajahan seterusnya untuk menuju ke Silk Store. Dimana tempat ni menjadi pusat penjualan sutera cina. Sangat lembut, sejuk dan santekkk khas untuk wanita. Lelaki haram ye memakai sutera bagi muslim2 sekalian.harap maklum....
(click image to enlarge)
Dalam perjalanan ke Silk Store ni kita melalui bandar beijing kalo xsilap dalam sekitar lingkaran ke-2. so nampak la bermacam2 bangunan yang agak popular, dan keunikan tersendiri.antaranya gambar di atas ni, (kanan atas) xtau bangunan apa tp agak unik yang mana orang tempatan menggelarnya bangunan CELANA PENDEK, hahaha..mungkin sebab bentuk nya macam seluar. (sebelah kiri) gambar xpasti bangunan apa, tapi unik, berbentuk silinder tegak dan puncaknya macam kubah. Gambar bawah ni pulak adalah bangunan The Imperial Muzium masa di dataran Tiananmen.


(click image to enlarge)
Setibanya di dalam silk store ni, ada banyak contoh pakaian hasil tenunan sutera. Dalam gambar di atas ni adalah pakaian di raja, malah baju perisai perang pun diperbuat dari sutera jugak. KAyo betulkan org dulu ni...hehe.. gambar (bawah kiri) adalah pakaian rasmi yang ditenun khas untuk para pembesar yang hadir dalam persidangan APEC di China dulu. Antara yang turut serta adalah mantan PM Tun Dr Mahathir.


(click image to enlarge)
Jalan punya jalan ternampak pulak sample kepompong ulat sutera. Apa yang telah diterangkan dalam setiap kepompong mengandungi lebih kurang 2-3 ekor ulat. Sharing is caring bro..Ni best bro..yg ni best...sebelah kanan atas tu pulak adalah hasil najissss(tahi) ulat sutera, diorang kumpul banyak2 pastu akan dibuat bantal. Katanya boleh melenakan lagi tidur andaa..hehehe...


(click image to enlarge)
Ni la minah yang sibuk bercerita pasal sutera tu. Boleh cakap melayu sket2..hehehe..tapi cuba tengok kat baju dia, ada batch 1 Malaysia.haha.. Mane dia dapat pun xtaula... gambar kiri bawah tu adalah hasil sutera yang dijual kat Silk Store ni. Mahal bleh tahan, tapi, makcik2 yang ada ni semua kata masih murah kalo dibandingkan ngan harga kat Malaysia. Selain sutera tempat ni juga ada menjual barang2 cenderahati macam topeng opera ni. Nice, tapi nak beli pikir banyak kali gak.hehehe

jumpa lagi next post. see ya!!

Monday, June 27, 2011

From the street of Beijing 6

Sudah penat berjalan dalam Forbidden city (FC), akhirnya sampai juga di penghujung south gate. bejalan lebih kurang 2 jam dalam keadaan tak mandi pagi tu.hahaha... Mane sempat nak mandi, turun flight je pegi sarapan, pastu terus la ke sini. Dengan ngantuk tak cukup tido, sebab flight turbulence malam tu. Semua individu dalam rombongan tu dah keletihan. Satu nikmat bila mata masing2 xlagi dipagari dinding merah yang tinggi.haha.. Macamana maharaja boleh xrimas dengan dikelilingi dinding merah tu?boleh agak x?haha... Jawapannya mudah, sebab maharaja xtengok dinding tu la, dek kerana isteri yang ramai dan gundikkssss2 yang comey molek.so banyak hiburan si maharaja tu.hahaahaaa...

Gambar diatas ni adalah gambar pintu masuk (south gate), reka bentuknya tembok di sini seperti U melengkung ke dalam. Semuanya adalah kerana strategi mempertahankan forbidden city jika diserang pihak musuh. So para pemanah akan di letakkan di hadapan, dan terus membidik busur masing2. So strategi pertahanan yang kukuh dengan tembok yang tinggi tak agak tu.huhu.. Gambar sebelah atas kiri tu adalah satu penghormatan n rasa bertuah nya aku, sebab dapat amik gambar si ashkar2 ni. kebanyakan orang china tak berapa tinggi, tapi kalo tengok askar2 ni, smua tinggi, tegap, n masih muda remaja.sallute!!! Masa ni mungkin dorang tengah tukar shift untuk bertugas menjaga forbidden city ni...

Di pengguhujung jalan keluar, ada satu pintu gerbang, bila lalu situ anda akan dapat melihat dataran Tiananmen. Di pintu gerbang tu anda dapt melihat satu foto berbingkai besar gabak, rupa2nya tula dia, Chairman Mao tse tung yang di hormati gila oleh orang2 china yang membawa ideologi komunisme. Gambar bawah adalah gambar eeerrrr...siape tah...tapi ape yang penting tula lokasi dataran Tiananmen. Di sini adalah tempat sejarah di mana telah berlaku pertempuran hebat antara penyokong revolusi rakyat china dan pemerintah masa tahun 1989. Ramai antara penunjuk perasaan dari kalangan pelajar, buruh dan cendakiawan yang terkorban. Peristiwa paling menjadi bayangan dunia adalah bila mana sekumpulan penunjuk perasaan cuba menahan kereta kebal dari melalui kawasan tersebut, tapi.....KERETA KEBAL TU MELENYEK PENUNJUK PERASAAN TANPA BERPERASAANKAN SEORANG MANUSIA!!!!! untuk cerita selanjutnya boleh la baca di wikipedia. So selesai sudah perjalanan dalam FC ni... wa salam...

Sunday, June 26, 2011

From the street of Beijing 5

Assalamualaikum...

Bertemu kembali, sorry sangat atas penantian korang untuk sambungan cerita dari Beijing ni. Ada sedikit gangguan, bukan gangguan teknikal atau fizikal, tetapi gangguan emosi yang tiba2 muram macam seorang wanita kena ABC- (A)llah (B)agi (C)uti.hahaha... Tapi skang ni agak berpura2 macam normal sebab kuatkan juga hati untuk sambung cerita ni.Dugaan... Bercerita pasal dugaan ni, dalam forbidden city (FC) ni pun banyak dugaan jgak. Terutamanya bila anda sesat dalam kawasan tersebut, tanpa berbekalkan ilmu bhasa China.haaa.. Keadaan dalam FC ni memang unik, sebab anda masuk pintu mana2 pun, rupa dan keadaan persekitaran sukar dibezakan, seakan2 sama. So kalau korang sesat memg jenuh nak pusing2 sekitar tu, korang bernasib baik jika dapat tanya orang tempatan dengan menggunakan bahasa Inggeris.haha...

(click for enlarge image)
Okay kita teruskan dengan gambar di atas ni, dinamakan Jiao Tai Dian (Hall of Union and Peace), tempat dimana upacara2 rasmi diadakan. Gambar besar tu adalah tempat maharaja duduk, sama seperti yang digambarkan oleh cerita2 China yang ditayangkan dalam movie.
Gambar kiri atas tu pula adalah cermin, mungkin tempat dorang touch-up kot.hehehe...

(click for enlarge image)
Gambar sebelah bawah kiri ni masih lagi Hall of Union and Peace, tempat tersebut sarat dengan bermacam ukiran, baik dari kerusi, meja, tangga, pasu, termasuk dengan tiang sebesar pemeluk tu jugak! Sangat teliti hasil kerja orang2 dulu ni, sangat kagum dengan hasil kerja tangan dorang. Cuba tengok gambar2 sebelah tu, jenang dan bumbung semua sarat ngan ukiran, cuba bayangkan brape banyak bumbung nak kena ukir???Macamana la tak kagum, zaman dulu mana ada mesin nak ukir2 bagai ni. Semua guna tangan!!!!HAH!KAGUM!!!

(click for enlarge image)
Gamabr kanan dan kiri bawah adalah pandangan dekat untuk ukiran pada bumbung. Terdapat ukiran naga pada setiap satu benda tu(xtau apa nama sebenar yang bulat2 tu).hahaha... So, banyangkan lagi...Asek bayangkan, kuat betul imaginasi masing2 kan??hehe..gambar sebelah atas pula antara ukiran lain, yang terdapat di dinding dan pemegang tempayan besi.

(click for enlarge image)
Masih lagi dengan ukiran!!! Baru tulis pasal ukiran je dah jemu, belum lagi kita yang kena paksa buat ukiran untuk satu FC ni. Saket la weyh!!!! Kebanyakan ukiran yang paling ketara adalah ukiran naga, bunga dan burung seakan2 merak/cenderwasih. tapi ukiran naga paling ketara sekali seperti gambar sebelah kanan atas dan bawah. Manakala gambar sebelah kiri atas tu adalah satu bekas lilin gergasi yang di letakkan di hadapan sebuah bangunan, dimana raja dan maharani akan meluangkan masa bersama..ehem2...jika lilin di bekas tersebut dinyalakan maknanya...ehem2...raja dan maharani sedang bersama..ehem2...gatal plak tekak ni..EHEM!!! DO NOT DISTURB!!! mau kena pancung ka? baik kita pegi tempat lain cepat, tak paham2 lagi ke???buat2 paham jela k....hahaha...

bersambung...

Thursday, June 23, 2011

From the street of Beijing 4

Assalamualaikum...

Okay, setelah kita berjalan jauh dengan menaiki bas, sekarang tiba pulak di Forbidden City, pusat pemerintahan utama negara China pada Dinasti Ming dan di ambil alih oleh Dinansti Qing. So pusat pemerintahan ni digunakan dijangka mencecah 600 tahun. Dalam Forbidden City ni macam2 kisah yang dapat kita dengar dan tatap antaranya, kisah cinta, kegemilangan, kesihatan, termasuk kekejaman. Di dalamnya mengandungi 999 1/2 bilik!!!!! yang 1/2 tu adalah perpustakaan.hehehe.. Sumber ni dari tour guide, kalo salah tolong betulkan ye..


Okay gambar di atas ni adalah antara pintu utama untuk masuk ke Forbidden City. Pada masa lawatan tu, kami di bawa masuk dari North gate, dan keluar ke south gate. Dan di depan pintu gerbang tersebut ada tulisan cina dan tulisan tibet kalo aku xsilap. Tulisan tibet ala2 macam tulisan jawi, tapi cara penulisan dia dari atas ke bawah. Dan yang paling menarik, setiap pintu2 besar dalam Forbidden city ni terdapat ala2 mangkuk tembaga yang disusun pada permukaan pintu. Dan xlupa, banyak terdapat ukiran2 seperti bunga, daun, naga dan burung di dinding dan bingkai/jenang pintu.



Jalan punya jalan, sampai pulak kita di Imperial Garden, atau dalam bahasa mandrinnya Yu Hua Yuan. Taman ni dipenuhi dengan pokok2 yang umurnya mencecah ratusan tahun. Kalau korang semua dapat lihat, gambar sebelah kiri atas tu adalah pokok tertua, sehingga daun pun xtumbuh lagi. Pemandangan dalam taman ni sangat menarik dengan pokok2 pain yang gaya rupa bentuk yg pelik2. Gambar sebelah kiri bawah, adalah pokok yang bercinta, dimana simbolik cinta terdapat padanya. Pokok tersebut adalah 2 pokok berasingan, tetapi kedudukannya rapat dan corak ranting tu seakan2 berpegang tangan. so sweet kan?? Tempat ini juga menjadi tempat inspirasi dan istirahat para pembesar, malah inilah juga tempat pembesar memilih para wanita2 SCHANTEK UNTUK DIJADIKAN GUNDIKKSSSSS!!! Selamat la korang wanita tak hidup zaman raja china ni.hahaha..



HUH!HUH!HUH!Letih lepas berlari kejar tour leader yang nun jauh ke depan meninggalkan aku, sbb syokk sangat amik gambar, kami pun sampai di depan satu kamar yang bercermin BEESSAAARRR punya... Ni adalah bilik Maharani yang mana boleh dikatakan semua fabrik dalam tu diperbuat daripada sutera. Boleh tengok gambar disebelah kanan tu adalah katil dan tempat duduk Maharani tersebut. Corak tenunan adalah berbentuk naga, awan dan burung merak/cenderawasih. Gambar sebelah kanan pulak adalah pintu dan kunci. Semuanya ada hasil ukiran, dan bayangkan ada 999 1/2 bilik semuanya, brape banyak pulak pintu yang nak kene ukir bentuk yang sama???? Tula cerita disebalik kegemilangan Raja china bila dia perintah untuk rakyat kena patuh demi raja.

bersambung....

Wednesday, June 22, 2011

From the street of Beijing 3

Gamba ni di ambil ketika dalam bas,masa tu traffic agak sesak, sebab melalui jalan bandar. so dalam kesesakkan tu dapat la tengok bermacam ragam manusia tapi bukan pancaragam yeeee...hehe..ni salah satu gambar yang sangat susah untuk kita jumpa di Malaysia terutamanya. Si nenek tua boleh lagi berjalan dalam sesak2 bandaraya Beijing tu sambil tolak trolley. Masih kuat lagi nak berjalan, dan dia lintas jalan tanpa bantuan orang muda tau.. haaa...
Ni pulak si ah moi chantek dalam lagu Hujan.haha... Nak dijadikan cerita orang-orang Beijing ni sangat cool and selamba badak. Mereka tak mudah gelabah and melatah terutama sekali bila berada kat tengah2 jalan. Dari pejalan kaki hinggalah pemandu bas 2 tinggkat. Pada gambar ni si ahmoi chantek ni boleh berdiri kat tengah2 jalan sebab ada kenderaan lalu semasa dia melintas. cool kan???
Seee.. Muka dia tenang je tanpa hiraukan ada kereta lalu depan belakang dia. Cuba kita yang ada kat situ, mesti pikir bukan2, ''ade kang kete terlajak pastu langgar kaki yang chantek ni kang'', xpun, ''bahaya ni mau ada je peragut lalu belakang aku ni kang, xpun orang simbah asid!!!
Ah moi chantek ni lagi tunjuk lagak cool dia, siap boleh men bukak tutup payung tengah2 jalan. Muka dia macam xda ape2 yang berlaku je... Ah moi, lu tu duduk tengah2 jalan mei, bukang tepi jalan...aloyai, wa pulak yg lisau mei...

Okay, habis cerita si Ahmoi Chantek melintas jalan, yang atas ni pulak adalah salah satu pintu masuk ke lorong2 rumah orang china lama. Untuk membayangkan keadaan kehidupan lorang ni anda kena la tengok filem2 china lama atau pun kung fu. Tapi, apa yang special sangat tentang pintu ni adalah, pintu masuk ke lorong rumah pembesar/ emperor china dulu.. Dan ramai antara emperor china beragama Islam. Maka terdapatlah masjid2 yang didirikan oleh pembesar2 tersebut.. Dan antara pembesar china islam yang popular di negara kita adalah Laksamana Cheng Ho semasa dinasti Ming.

Tuesday, June 21, 2011

From the street of Beijing 2

Tertarik bila tengok cara old woman ni makan.. Actually dia makan fried nan kalo tak silap..tapi seboleh-boleh dia guna chop stick.

See....unique kan??? Banyak rupanya skill guna chop stick ni.

Ni pulak auntie cina smoking lepas breakfast, actually dia makan kat food stall tepi restaurant kami makan. Food stall kat sana kebanyakkan nya tidak HALAL...

Dah naik bas, tiba2 nampak mamat ni, dia pulak posing baik je... Snap skali...CLICK!!!

Nice bila dapat gambaran macamni.... Snap skali lagi!!CLICK!!!!

From the street of Beijing 1

Gambar di atas ni adalah tempat pertama rombongan kami singgah untuk breakfast. Makanan disediakan oleh orang muslim Xin Jang kalo tak silap. Menu sarapan pagi yang dihidangkan mee goreng, nasi goreng, telur dadar, fried nan, dan air kopi yang xserupa kopi.hehehe..sbb orang cina xpandai buat kopi kot, tp lebih pada bermacam2 teh... ape2 pun alhamdulillah kenyang..

Turun je dari bas nampak old timer couple ni tgh duduk kat bangku. Tunggu bas gaknye.. nampak lagi menarik siap ade pokok bunga kat tengah2 lagi.hehe..

Ni gambar people on the street, jalan laju macam nak kejar pingat emas masa olympik.hehe... Respect pada dorang sebab rajin berjalan kaki xkira la tua ke muda. sebab tu dorang semua sihat, n jarang sekali nampak orang gemok@obesssssss kat street. seriously kagum!!!

Ha..ni je si gemuk sorang ni..haha.. Nama dia Ahmeng, dia la tour guide ktorang masa di Beijing. Sangat baik hati, peramah and gaya dia cakap melayu indonesia membuatkan dia dipandang comel oleh makcik2 dalam bas tu..haha...sangat kelakar... korang tengok air muka dia pun boleh tau dia ni jenis kelakar, betul tak???

Si comel montel kiut tepiut miut ni pulak aku xtau la anak cina mana. tapi terjumpa dia masa di airport. muka dia mengantuk boring, tapi lepas je nampak aku snap gambar dia, terus buat muka excited.hehehe