Sudah penat berjalan dalam Forbidden city (FC), akhirnya sampai juga di penghujung south gate. bejalan lebih kurang 2 jam dalam keadaan tak mandi pagi tu.hahaha... Mane sempat nak mandi, turun flight je pegi sarapan, pastu terus la ke sini. Dengan ngantuk tak cukup tido, sebab flight turbulence malam tu. Semua individu dalam rombongan tu dah keletihan. Satu nikmat bila mata masing2 xlagi dipagari dinding merah yang tinggi.haha.. Macamana maharaja boleh xrimas dengan dikelilingi dinding merah tu?boleh agak x?haha... Jawapannya mudah, sebab maharaja xtengok dinding tu la, dek kerana isteri yang ramai dan gundikkssss2 yang comey molek.so banyak hiburan si maharaja tu.hahaahaaa...


Di pengguhujung jalan keluar, ada satu pintu gerbang, bila lalu situ anda akan dapat melihat dataran Tiananmen. Di pintu gerbang tu anda dapt melihat satu foto berbingkai besar gabak, rupa2nya tula dia, Chairman Mao tse tung yang di hormati gila oleh orang2 china yang membawa ideologi komunisme. Gambar bawah adalah gambar eeerrrr...siape tah...tapi ape yang penting tula lokasi dataran Tiananmen. Di sini adalah tempat sejarah di mana telah berlaku pertempuran hebat antara penyokong revolusi rakyat china dan pemerintah masa tahun 1989. Ramai antara penunjuk perasaan dari kalangan pelajar, buruh dan cendakiawan yang terkorban. Peristiwa paling menjadi bayangan dunia adalah bila mana sekumpulan penunjuk perasaan cuba menahan kereta kebal dari melalui kawasan tersebut, tapi.....KERETA KEBAL TU MELENYEK PENUNJUK PERASAAN TANPA BERPERASAANKAN SEORANG MANUSIA!!!!! untuk cerita selanjutnya boleh la baca di wikipedia. So selesai sudah perjalanan dalam FC ni... wa salam...
No comments:
Post a Comment